Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga jam 7 malam - MetMalaysia

Cuaca sama juga diramal melanda Sabah. Gambar hiasan
Cuaca sama juga diramal melanda Sabah. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri selain Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam pada Sabtu.

Berdasarkan amaran yang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.45 petang ini, cuaca buruk itu dijangka melanda Perak melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Jeli dan Kuala Krai) serta Port Dickson di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) dan Johor meliputi daerah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Putrajaya dan Labuan
  • Cuaca buruk dijangka melanda Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, dan Johor
  • Sarawak dan Sabah turut terjejas dengan amaran cuaca buruk yang sama
  • Amaran cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada petang ini
  • Peringatan ini sah hingga 7 malam pada Sabtu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!