Amaran hujan lebat berterusan di Pantai Timur dan Johor hingga Khamis

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis. Foto hiasan
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran tahap buruk yang dikeluarkan pada jam 4.45 petang ini melibatkan Dungun dan Kemaman di Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin sementara di Johor kawasan terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama juga diramal melanda seluruh Kelantan serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.

Amaran tahap waspada itu juga melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang serta daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia dan talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis
  • Amaran tahap buruk dikeluarkan untuk Dungun dan Kemaman di Terengganu; Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor
  • Amaran tahap waspada diramal untuk seluruh Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor
  • Kawasan amaran tahap waspada termasuk beberapa daerah di Pahang dan Johor serta seluruh Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu
  • Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!