Remisyen kadar cukai tanah diteruskan bagi tahun 2026 dan 2027 - MB Pahang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN – Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju meneruskan pemberian remisyen atau pengurangan kadar cukai tanah bagi tahun 2026 dan 2027.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian tersebut selaras dengan pelaksanaan insentif sama sejak 2020 hingga 2025.

“Keputusan ini sebagai tanda keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban kewangan pemilik tanah, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab pembayaran cukai tanah mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus mengimbangi keperluan rakyat dengan tadbir urus kewangan yang berhemah.

Jelasnya, langkah itu selaras dengan Aspirasi Pahang 1st yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras utama pembangunan negeri,” ujarnya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Pahang bersetuju meneruskan pengurangan kadar cukai tanah untuk 2026 dan 2027
  • Pemberian remisyen selaras dengan pelaksanaan insentif sejak 2020
  • Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam meringankan beban kewangan pemilik tanah
  • Kerajaan negeri berkomitmen mengimbangi keperluan rakyat dengan tadbir urus kewangan yang berhemah
  • Inisiatif ini selaras dengan Aspirasi Pahang 1st yang mengutamakan kepentingan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!