KKM cari 5,084 orang kluster tabligh untuk saringan Covid-19

Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 5,084 orang daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling belum menjalani ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19) sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu terdiri daripada peserta, ahli keluarga dan kontak rapat.

"Kami perlu mencari 5,084 yang belum jalani ujian Covid-19.

"Jadi, kami harap dapat jalankan ujian saringan terhadap mereka,” katanya pada sidang media di KKM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, pihaknya sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa khususnya polis untuk menjejaki individu yang berkait dengan kluster tabligh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes di Simpang Renggam dipercayai berkait kluster tabligh Sri Petaling

Katanya, langkah itu diambil bagi menggesa mereka yang belum membuat ujian untuk tampil melakukan saringan kesihatan.

"Ketika ini, kira-kira 12,500 peserta tabligh sudah menjalani ujian saringan dengan 1,207 disahkan positif.

Artikel Berkaitan:

"Manakala 6,648 negatif dan 4,645 masih menunggu keputusan," katanya.