Yes, HONOR sumbang RM40,000 perkukuh keupayaan digital Hospis Malaysia

Justin (kiri) menyerahkan tablet HONOR Pad 10 5G, manakala K Lee (kanan) menyampaikan kad peranti 5G Yes kepada Dr Ednin (tengah) pada majlis penyerahan sumbangan CSR di Kuala Lumpur pada Rabu.
Justin (kiri) menyerahkan tablet HONOR Pad 10 5G, manakala K Lee (kanan) menyampaikan kad peranti 5G Yes kepada Dr Ednin (tengah) pada majlis penyerahan sumbangan CSR di Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyedia rangkaian 5G, Yes oleh YTL Communications dan syarikat ekosistem peranti AI terkemuka, HONOR Malaysia menyumbangkan bantuan bernilai RM40,000 bagi memperkukuh keupayaan digital Hospis Malaysia sekali gus meningkatkan kecekapan penjagaan paliatif berasaskan komuniti di negara ini.

Menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu, Yes menyediakan ketersambungan 5G percuma dengan data serta kelajuan tanpa batasan, manakala HONOR pula menyumbangkan 20 unit tablet HONOR Pad 10 5G untuk kegunaan petugas klinikal Hospis Malaysia.

Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li berkata, HONOR Pad 10 5G yang digunakan dalam inisiatif itu dilengkapi skrin paparan terang dengan ciri keselesaan mata, berprestasi lancar, kapasiti bateri besar dan sokongan alat penulisan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

"Kami yakin sumbangan ini amat sesuai untuk kegunaan tenaga kerja kesihatan yang sentiasa bergerak," katanya ketika berucap semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Yes dan HONOR Malaysia di sini pada Rabu.

Justin memberitahu, tablet itu dijadualkan menerima kemas kini perisian tegar melalui udara (FOTA) pada suku pertama 2026 bagi menyokong sepenuhnya teknologi 5G Advanced selaras dengan pengaktifan teknologi berkenaan oleh Yes di seluruh negara.

Ujar Justin, pihaknya teruja kerana dapat bersama-sama menyokong inisiatif CSR yang memberi impak langsung kepada komuniti.

"Kami berharap peranti HONOR dapat membantu melancarkan operasi harian Hospis Malaysia dan membantu petugas kesihatan yang berkhidmat kepada masyarakat,” jelas beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata, ketersambungan digital menjadi elemen penting bagi menyokong barisan hadapan yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan.

"Dengan penggunaan ketersambungan 5G percuma berkelajuan tinggi dan data tanpa had, kami berharap setiap lawatan rumah dapat berjalan lebih lancar, kemas kini lebih pantas dan keputusan penjagaan dibuat berasaskan maklumat tepat,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia, Dr Ednin Hamzah berkata, penjagaan paliatif memerlukan komunikasi tepat pada masanya dan keputusan klinikal tersusun.

"Tablet ini akan meningkatkan keupayaan kami untuk memberi respons terhadap keperluan pesakit secara masa nyata,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas inisiatif CSR yang dijalankan secara kolaboratif antara Yes dan HONOR

"Sumbangan ini memberi manfaat kepada pasukan penjagaan paliatif terdiri daripada doktor, jururawat, ahli farmasi dan ahli terapi rehabilitasi.

"Pasukan kami melaksanakan lawatan ke rumah secara berterusan setiap bulan bagi memastikan pesakit yang menghidap penyakit kronik dan peringkat lanjut menerima penjagaan rapi dan berterusan

"Kami yakin dengan sambungan 5G stabil dan peranti tablet moden, petugas klinikal kini dapat mengakses dan mengemas kini maklumat pesakit dengan lebih sistematik selain membuat keputusan klinikal dengan lebih pantas dan tepat," tambah beliau.

Ringkasan AI

  • Yes oleh YTL Communications dan HONOR Malaysia menyumbangkan bantuan RM40,000 kepada Hospis Malaysia
  • Yes menyediakan ketersambungan 5G percuma, HONOR menyumbangkan 20 unit tablet HONOR Pad 10 5G Tablet
  • HONOR Pad 10 5G dilengkapi skrin ciri keselesaan mata, berprestasi lancar, dan sokongan AI
  • Ketersambungan digital penting untuk menyokong perkhidmatan kesihatan dengan kemas kini tepat pada masanya
  • Sumbangan ini manfaat kepada pasukan penjagaan paliatif untuk keputusan klinikal lebih pantas dan tepat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!