Polis Australia dakwa penyerang Bondi

Naveed yang cedera parah baru sedar daripada koma pada malam Selasa. - Foto Agensi
Naveed yang cedera parah baru sedar daripada koma pada malam Selasa. - Foto Agensi
A
A
A

CANBERRA - Penyerang Bondi, Naveed Akram berdepan pertuduhan berkaitan keganasan, 15 dakwaan membunuh dan pelbagai jenayah lain pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat Polis New South Wales, beberapa hari selepas insiden serangan tembakan terburuk menggemparkan Australia dalam tempoh beberapa dekad.

"Petunjuk awal menunjukkan insiden itu mungkin diilhamkan oleh Daesh yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas di Canberra," menurut kenyataan itu lagi.

Difahamkan, dia juga berdepan 40 dakwaan menyebabkan kecederaan parah kepada individu dengan niat untuk membunuh dan mempamerkan simbol pertubuhan pengganas yang dilarang secara terbuka.

Pihak berkuasa mendakwa Naveed dan bapanya, Sajid Akram melepaskan tembakan rambang ketika festival Yahudi di Pantai Bondi pada Ahad yang telah menyebabkan 15 terbunuh.

Naveed dilaporkan cedera parah akibat ditembak polis dan baru sedar daripada koma pada malam Selasa manakala Sajid maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

Dua bendera Daesh buatan sendiri turut ditemui dalam sebuah kereta diparkir berhampiran pantai tersebut yang didaftarkan dengan nama suspek.

Naveed yang masih di hospital bakal tampil di mahkamah menerusi pautan audio visual. - AFP

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyerang Bondi, Naveed Akram berdepan pertuduhan berkaitan keganasan
  • Pengumuman pertuduhan dibuat Polis New South Wales selepas serangan tembakan terburuk dalam beberapa dekad di Australia
  • Insiden itu mungkin diilhamkan oleh Daesh yang merupakan pertubuhan pengganas
  • Naveed dan bapanya melepaskan tembakan rambang yang menyebabkan 15 terbunuh
  • Naveed kini dalam keadaan sedar selepas cedera parah dan akan tampil di mahkamah melalui pautan audio visual

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!