Adam Adli dilantik Timbalan Menteri KPT

Adam Adli
Adam Adli
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim bertukar portfolio ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi jawatan sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas pada Selasa berkata, tempat Adam Adli di kementerian itu diisi Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol.

Menurut Anwar, pelantikan dan pertukaran portfolio itu adalah sebahagian daripada langkah penstrukturan semula Kabinet.

Jelas beliau, penstrukturan itu bertujuan memperkukuh kecekapan pentadbiran selain memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun.

Sementara itu, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya baharu.

Pelantikan wakil rakyat PKR itu bagi menggantikan Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia bagi jawatan sama.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Adam Adli Abdul Halim bertukar dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Kementerian Pengajian Tinggi
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perubahan ini sebagai sebahagian dari penstrukturan semula Kabinet
  • Penstrukturan semula bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran
  • Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Adam Adli
  • Chiew Choon Man diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!