Puad Zarkashi cabar Adam Adli hapuskan PTPTN

Mohd Puad (gambar kecil) mencabar Adam menghapuskan hutang PTPTN.
Mohd Puad (gambar kecil) mencabar Adam menghapuskan hutang PTPTN.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli, dicabar untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan portfolio tersebut paling sesuai untuk Adam kerana beliau sebelum ini amat lantang bersuara mengenai isu hutang PTPTN.

“Bolehlah hapuskan hutang PTPTN. Tolong bersuara nyaring untuk hapuskan hutang PTPTN dalam mesyuarat pasca Kabinet KPT (Kementerian Pengajian Tinggi). Baru nampak berbaloi tidur dalam khemah di Dataran Merdeka.

“Itu yang Rafizi kata Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa (HIRUK). Jadi pembangkang memang mudah, tapi bila berkuasa baru tahu tinggi dan rendah langit. Takkan nak tidur lagi di Dataran Merdeka,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu menerusi hantaran di Facebook.

Rombakan Kabinet Kerajaan Persekutuan pada Selasa menyaksikan portfolio Adam bertukar daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Semasa era aktivisme mahasiswa sekitar tahun 2010, Adam merupakan antara pendukung utama pendidikan percuma di Malaysia dan berkempen secara agresif untuk pemansuhan pinjaman PTPTN.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli, dicabar untuk menghapuskan hutang PTPTN
  • Speaker Dewan Undangan Negeri Johor menganggap portfolio Adam sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sesuai berdasarkan latar belakang aktivismenya
  • Adam disarankan untuk bersuara nyaring dalam mesyuarat pasca Kabinet KPT mengenai pemansuhan hutang PTPTN
  • Adam sebelum ini dikenali sebagai pendukung pendidikan percuma dan pemansuhan pinjaman PTPTN semasa era aktivisme mahasiswa sekitar tahun 2010
  • Portfolio Adam bertukar dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam rombakan Kabinet Kerajaan Persekutuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!