YIK sahkan Syeikh Wazir masih berkhidmat

Syeikh Wazir. Foto fail Bernama
Syeikh Wazir. Foto fail Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Ulama terkemuka yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki masih berkhidmat seperti biasa di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK).

YIK dalam satu kenyataan pada Isnin menjelaskan segala pertukaran pegawai pentadbiran yang melibatkan beberapa sekolah di bawah yayasan tersebut adalah urusan pentadbiran dalaman dan tidak melibatkan Syeikh Wazir.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

"Sebaliknya, sila merujuk kepada kenyataan rasmi pihak berwajib bagi mendapatkan maklumat yang sahih,” kata kenyataan itu.

Sebelum itu, anak kepada Syeikh Wazir, Adnan Wazir menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Isnin, menafikan dakwaan bahawa kontrak bapanya sebagai tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok telah ditamatkan

Sementara itu, jurucakap Pusat Pengajian Pondok Moden juga menafikan laporan berkenaan dan menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar.

Terdahulu tular hantaran di laman sosial Facebook yang memaklumkan Syeikh Wazir tidak disambung kontrak mengajar di Pondok Moden, Kandis.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki secara aktif berkhidmat di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan
  • Pertukaran pegawai pentadbiran di YIK adalah urusan dalaman dan tidak melibatkan Syeikh Wazir
  • Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tak tepat tentang situasi ini
  • Anak kepada Syeikh Wazir, Adnan Wazir, menafikan dakwaan kontrak bapanya tidak disambung di Pusat Pengajian Pondok Moden, Bachok
  • Jurucakap Pusat Pengajian Pondok Moden juga menegaskan tidak benar kontrak Syeikh Wazir ditamatkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!