Dakwaan kontrak Syeikh Wazir di Pusat Pengajian Pondok Moden ditamatkan tidak benar

KOTA BHARU - Anak kepada ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menafikan dakwaan kontrak ayahnya sebagai tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok telah ditamatkan.
Perkara tersebut dikongsikan oleh anaknya, Adnan Wazir menerusi satu hantaran yang dibuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.
"Berita Ayahanda Abuya Syeikh Wazir tidak di sambung kontrak di Pusat Pengajian Pondok adalah tidak benar," katanya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Pengajian Pondok Moden menafikan dan menegaskan berita tersebut tidak benar.
Terdahulu tular hantaran di laman sosial Facebook yang memaklumkan Syeikh Wazir tidak disambung kontrak mengajar di Pondok Moden, Kandis.
Ringkasan AI
- Anak kepada Syeikh Wazir, ulama terkenal dari Kelantan, menafikan dakwaan kontrak ayahnya telah ditamatkan di Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok
- Dakwaan tersebut dikongsikan oleh anaknya, Adnan Wazir, menerusi Facebook
- Adnan menyatakan berita tentang tidak disambung kontrak Syeikh Wazir adalah tidak benar
- Jurucakap Pusat Pengajian Pondok Moden juga menafikan berita tersebut
- Berita tidak disambung kontrak Syeikh Wazir tular di Facebook sebelum dinafikan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

