‘Yang mabuk bila cakap mahu keluar tapi tak keluar’ – Dr Akmal sindir MIC

 Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
A
A
A

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir MIC yang dilihat tidak konsisten dalam membuat keputusan politik berkaitan isu keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Akmal berkata, MIC disifatkan tidak mempunyai pendirian apabila menyatakan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tindakan sedemikian mencerminkan kekeliruan serta ketidaktegasan dalam pendirian.

“Yang mabuk ini, bila ada pihak cakap mahu keluar tetapi akhirnya tidak keluar walaupun Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sudah bersetuju untuk keluar.

“Yang mabuk ini juga, bila mahu menyertai PN tetapi pada masa sama masih mahu kekal menyokong Perdana Menteri. Ini tahap mabuk paling tinggi,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Zahid yang mabuk kuasa, bukan kami’ yang memetik kenyataan Pemuda MIC berhubung status keanggotaan parti itu dalam BN.

Memetik laporan tersebut, Ketua Pemuda MIC, K Arvind membidas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung status keanggotaan MIC dalam gabungan itu, antaranya dengan mengingatkan parti tersebut agar tidak bersikap ‘siang cakap lain, malam pula cakap lain’.

Arvind dilaporkan berkata, jika benar soalannya adalah ‘siang cakap lain, malam cakap lain’, maka cermin paling dekat yang perlu dirujuk oleh Ahmad Zahid adalah kepimpinan UMNO itu sendiri.

Pada Ahad, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa BN masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada MIC berhubung usul parti itu untuk keluar daripada gabungan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Zahid turut mengingatkan parti-parti komponen dalam BN agar berfikir panjang sebelum membuat keputusan meninggalkan gabungan yang telah dianggotai sejak sekian lama, apatah lagi dengan landskap politik yang sentiasa berubah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!