Empat lelaki termasuk pemilik kedai makan ditahan langgar PKP

Md Zulkifli (kiri) memberikan nasihat kepada penduduk kampung
Md Zulkifli (kiri) memberikan nasihat kepada penduduk kampung
A
A
A

BENTONG - Kedegilan empat individu termasuk pemilik kedai makan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila ditahan polis di Kampung Felda Lurah Bilut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusof Unis berkata, polis yang sedang meronda di Kampung Baru Felda Lurah Bilut mendapati tiga lelaki sedang berkumpul dan menjamu selera di sebuah kedai makan, jam 8.30 pagi.

"Polis kemudian menahan empat lelaki termasuk seorang pemilik kedai. Kesemua yang ditahan berusia 30 hingga 70 tahun dibawa ke Balai Polis Felda Lurah Bilut kerana disyaki melanggar perintah ini," katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 7(1) PPPP Berjangkit 2020 dan siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, Ketua Kampung Felda Lurah Bilut, Md Zulkifli Md. Yunus berkata, beliau telah beberapa kali menasihatkan individu terbabit supaya tidak makan dan minum di kedai makan dalam tempoh PKP.

"Saya bersama polis dan Pengurus Felda Lurah Bilut, Khairul Nizam Mat Lias pergi ke kedai berkenaan dan polis mengambil tindakan terhadap individu berkenaan" jelasnya.

Artikel Berkaitan: