Kerajaan jaga hak asasi manusia laksana PKP: Takiyuddin

Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
A
A
A

KOTA BHARU – Rakyat mungkin boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan tidak mengawal atau mengambil langkah membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuklah tindakan saman kerana mengabaikan hak asasi manusia.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan itu bukan sahaja satu bentuk kawalan dalam melumpuhkan rangkaian jangkitan virus terbabit tetapi usaha ke arah memastikan rakyat di negara ini dapat menikmati kehidupan yang sihat.

"Katakanlah kerajaan tidak ambil tindakan (PKP), saya yakin kerajaan boleh disaman oleh rakyat.

"Jadi kita harap perkara ini tidak dipandang remeh oleh semua, sabar dululah untuk sementara waktu ini.

"Patuh pada arahan kerajaan dan jaga keselamatan diri masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 300 penduduk di sekitar daerah Kota Bharu di sini.

Artikel Berkaitan: