Kongsi usaha tangani Covid-19 bersama Menteri Kesihatan seluruh dunia
KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkongsi usaha Malaysia menangani Covid-19 dengan menteri-menteri kesihatan seluruh dunia dalam satu sesi telesidang mereka bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus malam tadi.
Dalam sesi ‘Virtual Information Session On Covid-19 By WHO’ itu, Dr Adham turut mengambil peluang memperjelaskan tahap kesiapsiagaan yang diambil kementeriannya dalam membendung penyebaran Covid-19 di negara ini.
“Saya mengadakan telesidang Virtual Information Session On #Covid-19 By WHO dengan Menteri-Menteri Kesihatan seluruh dunia, perjelaskan langkah-langkah yang telah, sedang dan kesiapsiagaan @KKMPutrajaya,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.
Sementara itu KKM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sesi itu memberi peluang kementerian berkongsi maklumat situasi terkini wabak Covid-19 dan langkah-langkah yang telah, sedang dan kesiapsiagaan KKM menghadapi kemungkinan jangkitan menjadi lebih buruk.
Turut serta sesi itu ialah Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama
Kelmarin, saya di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Pahang Kuala Lumpur bagi memantau Prosedur Makmal Bagi Ujian #COVIDー19 dan aktiviti ujian dijalankan. Turut melawat Unit Virologi IMR.
(1/2) pic.twitter.com/sTXMGpA8ns— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 28, 2020
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
Akmal Saleh berang tindakan cantum logo UMNO, DAP
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
'Jambatan gantung, tempat kami lepas rindu pada Kak Ngah'
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal