Kompas kompetensi iCEPS: Mengemudi pembelajaran sepanjang hayat

SHAH ALAM - Dalam persekitaran kerja yang semakin kompleks dan dinamik, warga kerja Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) memerlukan ‘kompas’ yang jelas untuk mengemudi berdasarkan indeks prestasi utama (KPI) seiring dengan keperluan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kompas kompetensi merupakan kerangka arah tuju profesional yang membantu mengenalpasti dan membangunkan latihan yang berimpak dan bersesuaian dengan keperluan warga.
Model Pembelajaran 70:20:10 diaplikasi dalam pelbagai kaedah yang menyokong komponen utama model tersebut.
“Berteraskan pembelajaran melalui pengalaman kerja (70%), warga iCEPS diberikan tugas berdasarkan deskripsi tugas, projek-projek penjanaan pendapatan dan KPI yang berbeza bagi mengasah kemahiran dan ilmu pengetahuan.
“Warga iCEPS dilibatkan dalam perubahan organisasi, inisiatif transformasi dan strategi penyelesaian masalah. Melalui program Management Walkabout, Open Mic dan Read@iCEPS, warga memperoleh pembelajaran melalui interaksi sosial (20 %).
“Galakan perkongsian ilmu, musyawarah dan interaksi interjabatan memantapkan ekosistem kerja yang responsif dan berprestasi tinggi,” kata iCEPS UiTM menerusi satu kenyataan.
iCEPS juga menyediakan latihan berterusan kepada warga melalui pembelajaran formal (10%) iaitu kursus, bengkel, sijil profesional, seminar dan webinar.
Modul pembelajaran dibentuk berdasarkan kompas kompetensi yang diperlukan oleh warga iCEPS.
Program bersiri Upskilling & Reskilling dan HR Proactive dilaksanakan bagi memastikan warga iCEPS sentiasa mengemaskini ilmu berkaitan pekeliling, garis panduan serta akta yang berkuatkuasa.
Berpandukan kompas kompetensi, warga iCEPS berada dalam mod bersedia untuk menyumbangkan kepakaran demi kelestarian UiTM di peringkat antarabangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
