Bomba selamatkan 34 mangsa banjir termasuk bayi terperangkap banjir kilat

Anggota bomba menyelamatkan 34 mangsa banjir di sebuah tabika di Jalan Md Amin, Johor Bahru.
Anggota bomba menyelamatkan 34 mangsa banjir di sebuah tabika di Jalan Md Amin, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 34 mangsa termasuk 18 bayi dan 10 murid dilaporkan terperangkap dalam banjir kilat di sebuah tabika di Jalan Md Amin di sini, pada Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Zakaria Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.10 petang.

"Terdapat 34 orang yang terperangkap dalam banjir kilat di tadika tersebut termasuk lima guru, 18 bayi, 10 murid dan seorang tukang masak

"Pihak bomba bertindak menyelamat dan memindahkan mangsa dengan menggunakan bot. Kerja-kerja menyelamat turut dibantu empat anggota polis," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, semua mangsa selamat telah berjaya dipindahkan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 34 mangsa termasuk 18 bayi dan 10 murid terperangkap dalam banjir kilat di sebuah tabika di Johor Bahru
  • Komander Operasi dari BBP Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Zakaria Mohamed, menerima kecemasan pada jam 4.10 petang
  • Mangsa yang terperangkap merangkumi lima guru, 18 bayi, 10 murid dan seorang tukang masak
  • Pihak bomba menggunakan bot untuk menyelamat dan memindahkan mangsa dengan bantuan empat anggota polis
  • Semua mangsa selamat dipindahkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!