Beberapa kawasan di Kuantan dilanda banjir kilat

Antara rumah penduduk di Kampung Sungai Karang Darat yang masih dinaiki air.
Antara rumah penduduk di Kampung Sungai Karang Darat yang masih dinaiki air.
A
A
A

KUANTAN - Hujan lebat berterusan sejak Rabu ditambah dengan fenomena air pasang menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat pada Khamis.

Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini bagi menempatkan 232 mangsa daripada 79 keluarga terjejas.

Hujan lebat dan fenomena air pasang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kuantan.
Hujan lebat dan fenomena air pasang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kuantan.

PPS dibuka di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Kuantan yang menempatkan 20 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang (117 mangsa), SK Kempadang (53 mangsa), SK Pelindung dan SK Beserah (10 mangsa), SK Cerating dan SK Sungai Ular (23 mangsa).

Hasil tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat di beberapa kawasan terjejas sekitar Balok dan Beserah di sini mendapati keadaan banjir telah surut kecuali sekitar Sungai Karang Darat.

Beberapa rumah masih digenangi air dan terdapat pokok tumbang menimpa kabel elektrik.

Pokok tumbang menghempap kabel elektrik di Kampung Sungai Karang Darat, na,un tiada ganggu bekalan elektrik dilaporkan.
Pokok tumbang menghempap kabel elektrik di Kampung Sungai Karang Darat, na,un tiada ganggu bekalan elektrik dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan pemantauan, paras air sungai yang melimpah semakin surut, bagaimanapun hujan masih turun tetapi tidak terlalu lebat.

Sementara itu, berdasarkan info Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, seramai 524 mangsa banjir di negeri ini berada di 22 PPS yang dibuka di empat daerah terjejas iaitu di Raub, Lipis, Maran dan Kuantan sehingga jam 9 pagi Jumaat.

Ringkasan AI

  • Hujan lebat dan fenomena air pasang menyebabkan banjir kilat di Kuantan
  • Tujuh pusat pemindahan sementara dibuka untuk menempatkan 232 mangsa banjir
  • Pusat pemindahan melibatkan sekolah-sekolah di Kuantan dengan jumlah mangsa berbeza
  • Keadaan banjir telah surut di beberapa kawasan tetapi masih ada rumah yang digenangi air
  • Seramai 524 mangsa banjir ditempatkan di 22 PPS di empat daerah di Pahang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!