Batik Air perkenal laluan baharu ke Singapura, Jakarta, Johor Bharu dan Langkawi

Ketua Pemasaran Batik Air, Bavani Veeriah, berucap semasa pelancaran sulung laluan baharu Batik Air di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hari ini.
Also present Tourism Selangor Sdn Bhd Chief Executive Officer Chua Yee Ling and Tourism Malaysia Deputy Director, International Promotion Division Southeast Asia Dr Khairul Hilmi A Manap.
-- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
Ketua Pemasaran Batik Air, Bavani Veeriah, berucap semasa pelancaran sulung laluan baharu Batik Air di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hari ini. Also present Tourism Selangor Sdn Bhd Chief Executive Officer Chua Yee Ling and Tourism Malaysia Deputy Director, International Promotion Division Southeast Asia Dr Khairul Hilmi A Manap. -- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
A
A
A

BATIK air hari ini memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, yang menawarkan penerbangan terus ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi.

Syarikat penerbangan itu berkata, langkah perluasan rangkaian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Subang sebagai pintu masuk bandar raya yang mudah diakses oleh warga Lembah Klang.

Ketua Pemasaran Batik Air, Bavani Veeriah berkata, lokasi strategik Subang serta kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan akan terus meningkatkan daya tarikannya kepada penumpang perniagaan dan pelancong.

"Lapangan Terbang Subang akan kembali rancak, dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada gelombang pertumbuhan baharu ini, dipacu oleh lokasinya yang strategik dan suntikan nafas baharu yang diberikan kepada lapangan terbang ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran laluan berkenaan, di sini hari ini.

Beliau berkata pengembangan operasi itu juga menyokong Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) oleh kerajaan, yang bertujuan memodenkan Subang sebagai lapangan terbang dalam bandar serta merangsang aktiviti pelancongan dan ekonomi.

"Perkembangan ini bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysi 2026 yang semakin hampir," kata beliau.

Selain laluan baharu tersebut, Batik Air kini mengoperasikan penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Bangkok.

Dalam pada itu, Bavani berkata syarikat penerbangan berkenaan turut melancarkan promosi "Save Big This 12.12” bermula hari ini hingga Ahad, bersempena pelancaran laluan baharu tersebut.

"Penumpang boleh merancang dan membuat tempahan awal untuk perjalanan sehingga Jun 2026. Sama ada percutian singkat hujung minggu, percutian keluarga atau perjalanan yang dinantikan sekian lama, promosi ini menawarkan nilai hebat kepada para pelanggan kami,” katanya. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • BATIK air memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi
  • Langkah perluasan rangkaian tersebut meningkatkan kedudukan Subang sebagai pintu masuk bandar raya yang mudah diakses oleh warga Lembah Klang
  • Lokasi strategik Subang dan kerja-kerja naik taraf memperkuat daya tarik kepada penumpang perniagaan dan pelancong
  • Pengembangan operasi Batik Air menyokong Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) untuk memodenkan Subang sebagai lapangan terbang dalam bandar
  • Batik Air mengadakan promosi "Save Big This 12.12" bersempena pelancaran laluan baharu, membolehkan tempahan perjalanan sehingga Jun 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!