Jangan panik, beras cukup

Gambar hiasan - Foto internet
Gambar hiasan - Foto internet
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Rakyat diminta tidak panik dengan bekalan beras di pasaran kerana mencukupi dan mereka perlu kekal berada di rumah sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, jumlah simpanan kini memang hanya 400,000 ke 500,000 tan metrik beras berbanding keperluan bulanan rakyat 200,000 tan metrik.

Bagaimanapun katanya, padi telah mula dituai di beberapa kawasan di Besut, Perak, Perlis dan Kedah.

"Maknanya stok beras yang ada ini akan berkurang dengan penggunaan harian tetapi bertambah semula dengan musim menuai yang sedang berjalan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau turut menerima persoalan mengenai perkara itu sejak PKP.

"Cukup ke beras kita nak tanak nasi? Ini antara soalan yang semakin kerap diajukan. Tak dapat makan nasi, lembek lutut kita!

"Data simpanan beras negara di bawah saya petik dari kenyataan terkini Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Jumlah yang ada sekali imbas hanya cukup untuk 2 bulan sahaja.

"Penilaian selapis beginilah membuatkan rakyat bimbang disebabkan analisa yang tak tepat," katanya dalam kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

"Jangan panik, jaga diri dan just stay at home," katanya.