Lebih sedekad, isu air di Kepulauan Tumpat akhirnya selesai

Saizol (dua, kanan) memeriksa air semasa Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di Tumpat pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Saizol (dua, kanan) memeriksa air semasa Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di Tumpat pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

TUMPAT - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan isu air yang membelenggu penduduk di Kepulauan Tumpat di sini sejak lebih sedekad akhirnya selesai dengan siapnya pembinaan penapis tekanan di Kampung Laut di sini.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Saizol Ismail berkata, bagaimanapun masih berbaki 100 akaun pemilik kediaman di sekitar Teluk Renjuna yang berdepan masalah disebabkan tekanan air rendah.

"Ini kerana kedudukan kawasan tersebut di hujung kampung. Namun ia akan diselesaikan selewatnya pertengahan tahun hadapan.

"AKSB akan memasang pam penggalak bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan sama menurut Saizol, dua lagi projek bekalan air dalam peringkat perancangan serta proses reka bentuk iaitu membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Wakaf Bharu dan Sungai Pengkalan Nangka di sini.

Beliau memberitahu, cadangan baikpulih sistem proses di LRA Wakaf Bharu membabitkan kos berjumlah RM400,000 dan akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Lembaga Pengarah pada bulan ini.

Ujarnya, manakala pembinaan LRA Sungai Pengkalan Nangka di bawah biaya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bernilai RM75 juta pula sedang dalam proses rekabentuk dan dijangka siap pada 2029.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Isu air di Kepulauan Tumpat diselesaikan dengan pembinaan penapis tekanan di Kampung Laut
  • Masih ada 100 akaun di Teluk Renjuna hadapi masalah tekanan air rendah, akan selesai pertengahan tahun hadapan
  • AKSB akan memasang pam penggalak untuk atasi masalah tekanan air rendah
  • Dua projek bekalan air dalam perancangan termasuk di Loji Rawatan Air Wakaf Bharu dan Sungai Pengkalan Nangka
  • Pembinaan LRA Sungai Pengkalan Nangka dijangka siap pada 2029 dengan biaya RM75 juta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!