Malaysia tidak sekat lawatan UNHCR

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia membidas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atas dakwaan menyekat lawatan suruhanjaya itu ke depoh tahanan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pihaknya merekodkan hanya dua permohonan yang dikemukakan UNHCR tahun ini.

"Seingat saya, tahun ini, baru dua kali kami terima surat, di mana UNHCR kata dia nak datang jengok depoh Imigresen, dua kali baru.

"Tetapi dia beritahu dunia kata kita sekat, tak bagi," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Khamis.

Jelas beliau, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 namun meneruskan tanggungjawab moral untuk menguruskan manusia secara bermaruah, termasuk pelarian.

“Kita buat ini kerana kita ada tanggungjawab moral. Kita ini manusia nak urus itu biar secara bermaruah.

"Manusia itu ada harga diri, ada maruah termasuklah manusia yang namanya pelarian,” jelasnya.

UNHCR menerusi New York Times mendakwa ia disekat oleh Malaysia sejak 2019 untuk melawat kebanyakan depoh tahanan, sekali gus mengurangkan keupayaannya mengenal pasti pelarian atau memeriksan keadaan dalam pusat tahanan berkenaan.

Badan itu juga menyebut akses diberikan melalui proses permohonan, dengan menekankan dua lawatan yang dibuat tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Malaysia membidas UNHCR atas dakwaan menyekat lawatan ke depoh tahanan
  • Menteri Dalam Negeri menegaskan hanya dua permohonan dari UNHCR tahun ini
  • Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 tetapi berkomitmen kepada tanggungjawab moral
  • UNHCR mendakwa disekat oleh Malaysia sejak 2019 untuk melawat depoh tahanan
  • Akses ke depoh tahanan diberikan melalui proses permohonan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!