15 'mat rempit' berlumba haram dicekup polis

Antara individu yang ditahan terlibat dalam aktiviti lumba haram di Kilometer 4 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau.
Antara individu yang ditahan terlibat dalam aktiviti lumba haram di Kilometer 4 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau.
A
A
A

KENINGAU - Sekumpulan 'mat rempit' berlumba secara haram di Kilometer 4, Jalan Keningau–Apin-Apin akhirnya ditahan dalam satu sekatan jalan khas di lokasi sama pagi Rabu.

Dalam operasi khas kira-kira jam 9 pagi itu, seramai 15 individu ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Aksi lumba haram berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, operasi itu dijalankan sejurus pihaknya mengesan aktiviti lumba motosikal haram yang berlaku di laluan berkenaan.

"Dalam operasi itu, kesemua 15 individu terlibat ditahan dan kenderaan yang digunakan untuk tujuan tersebut iaitu motosikal dan pacuan empat roda turut disita.

Antara motosikal yang disita digunakan dalam aktiviti lumba haram di Kilometer 4 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau.
Antara motosikal yang disita digunakan dalam aktiviti lumba haram di Kilometer 4 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1), Seksyen 48(1) dan Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!