Johor sebagai hab warisan dan budaya serantau

Muzium Tokoh Johor sebagai muzium immersive pertama di negeri itu dijangkakan menarik 100,000 pengunjung.
Muzium Tokoh Johor sebagai muzium immersive pertama di negeri itu dijangkakan menarik 100,000 pengunjung.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor bakal menjadi tumpuan serantau apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 yang menghimpunkan pakar dan penggiat permuziuman dari Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

Penganjuran bertaraf antarabangsa berprofi l tinggi itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan Johor sebagai negeri peneraju warisan negara, malah menjadi pemangkin penting kepada kejayaan Tahun Melawat Johor 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy berkata, festival itu memacu lonjakan besar sektor warisan dan budaya negeri.

“Festival ini bukan sekadar acara permuziuman. Ia adalah platform antara bangsa yang akan menonjolkan identiti, sejarah dan kekuatan Johor kepada dunia. Johor kini bersedia berada di barisan hadapan warisan negara, bukan sekadar sebagai peserta tetapi sebagai peneraju,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kerajaan Negeri Johor komited untuk menjayakan penganjuran itu, seiring dengan pelaksanaan dua tarikan warisan utama yang bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan.

“Festival ini bukan sekadar acara permuziuman. Ia adalah platform antarabangsa yang akan menonjolkan identiti, sejarah dan kekuatan Johor kepada dunia.
“Festival ini bukan sekadar acara permuziuman. Ia adalah platform antarabangsa yang akan menonjolkan identiti, sejarah dan kekuatan Johor kepada dunia." - Raven Kumar

Pembukaan semula Muzium Tokoh Johor sebagai muzium immersive pertama di negeri itu dengan 13 ruang pameran, 66 panel digital, 40 unit AR serta 37 segmen interaktif dijangka menjadi mercu tanda baharu permuziuman di Johor dan bakal menarik sekurang-kurangnya 100,000 pengunjung pada 2026.

Dalam masa sama, pelancaran program Let’s Visit KWSAB di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dijangka merancakkan pelancongan warisan dengan aktiviti budaya mingguan, program malam dan pameran baharu yang menyasarkan lebih 250,000 pengunjung sepanjang tahun.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, festival itu berpotensi memberi limpahan positif kepada perkembangan negeri Johor dengan menarik lebih 14,800 pengunjung yang hadir khususnya, Muzium Kota Tinggi. Selain pengisian utama festival seperti pameran, bengkel kuratorial dan persembahan budaya, Festival Hari Muzium Antarabangsa 2026 turut menampilkan rangkaian program sokongan berskala besar yang membawa penglibatan akar umbi serta pemerkasaan belia.

Antaranya termasuk Malaysia Book of Records Heritage Mini Painting, Teluk Belanga Fun Run dan Heritage Virtual Run Challenge, HMA Brewforia Fest x Makar Fest dan penganjuran International Classic Bike Fest.

Keseluruhan inisiatif itu meletakkan Johor sebagai hab warisan dan budaya serantau.

“Inilah masa Johor bersinar. Kita bukan sahaja memelihara warisan tetapi meraikannya dengan cara yang paling progresif dan menyeluruh.

“Johor bersedia menerima dunia pada 2026,” katanya.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!