JPN Kedah keluarkan dua guru terlibat kes salah laku seksual

JPN Kedah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan dua orang guru daripada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan dakwaan salah laku seksual yang tular di media sosial.
JPN Kedah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan dua orang guru daripada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan dakwaan salah laku seksual yang tular di media sosial.
A
A
A

ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan dua orang guru daripada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan dakwaan salah laku seksual yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, JPN Kedah memaklumkan bahawa kedua-dua kes berkenaan adalah berasingan dan kini sedang dalam siasatan pihak jabatan.

“JPN Kedah mengambil serius dakwaan salah laku seksual melibatkan dua orang guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial.

"Tindakan telah diambil untuk mengeluarkan guru terlibat dari institusi pendidikan KPM hingga siasatan selesai,” menurut kenyataan tersebut.

JPN Kedah turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan sentiasa menjadi keutamaan.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, bekas guru Matematik dan pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh, dalam satu hantaran di media sosialnya, mendedahkan tangkap layar perbualan berunsur lucah antara seorang guru lelaki dan pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Dakwanya, perbualan tersebut bermula dengan nada prihatin sebelum berubah menjadi gurauan berbaur seksual termasuk ajakan untuk berjumpa secara peribadi serta permintaan agar pelajar memanggil guru itu dengan gelaran 'abang'.

Dalam pendedahan sama, Mohd Fadli turut memaklumkan mengenai satu lagi kes berasingan di daerah yang sama, membabitkan seorang guru lelaki yang didakwa sering mengeluarkan kata-kata lucah di dalam kelas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JPN Kedah mengeluarkan dua guru karena dakwaan salah laku seksual yang tular di media sosial
  • Kedua kes tersebut adalah berasingan dan sedang disiasat oleh jabatan
  • JPN Kedah serius mengambil tindakan terhadap dakwaan salah laku seksual ini
  • Pihak JPN menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan salah laku seksual
  • Salah satu dakwaan melibatkan perbualan berunsur lucah antara guru dan pelajar perempuan berusia 15 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!