Malaysia perkuat agenda mobiliti hijau, sokong pertumbuhan ekonomi mapan - PM

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri pada Selasa menerima kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) hidrogen Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menandakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon serta pertumbuhan ekonomi bagi masa depan lebih mapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar serta hala tuju Malaysia khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, penyerahan kenderaan itu juga akan merancakkan kerjasama rentas sempadan dan memacu inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara.
"Kerajaan Madani akan terus menerajui peralihan serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar dalam memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia menghadapi keperluan masa depan, tetapi turut menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang,” katanya. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Perdana Menteri menerima kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen Toyota Mirai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Langkah ini menunjukkan komitmen Malaysia ke arah mobiliti hijau dan teknologi rendah karbon
- Inisiatif ini mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar Malaysia dalam membangunkan ekosistem hidrogen
- Penyerahan kenderaan akan merancakkan kerjasama rentas sempadan dan memacu inovasi automotif di Asia Tenggara
- Kerajaan Madani bertekad memimpin peralihan ke arah mobiliti hijau dan pintar bagi memastikan Malaysia menjadi peneraju dalam mobiliti yang bersih, selamat dan mampan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
