Great Barrier Reef terus diancam pelunturan

Terumbu karang terbesar di dunia tersebut baru pulih daripada kesan pelunturan pada 2016 dan 2017. - Foto: Agensi
Terumbu karang terbesar di dunia tersebut baru pulih daripada kesan pelunturan pada 2016 dan 2017. - Foto: Agensi
A
A
A

SYDNEY - Great Barrier Reef yang merupakan kumpulan terumbu karang terbesar di dunia berdepan satu lagi peristiwa pelunturan besar-besar yang ketiga dalam tempoh lima tahun.

Kelmarin, Pihak Berkuasa Marin Great Barrier Reef memaklumkan tinjauan udara terbaharu menunjukkan tahap pelunturan yang sederhana di kawasan terumbu karang tersebut yang meliputi lebih 2,300 kilometer.

“Lebih banyak kawasan terjejas berbanding sebelum ini. Terumbu karang tersebut baru pulih daripada kesan pelunturan pada 2016 dan 2017. Tetapi, kini ia berdepan peristiwa ketiga,” kata Ketua Saintis, David Wachenfeld.

Tahun lalu, Australia terpaksa menurunkan prospek terumbu karang yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO itu daripada teruk kepada sangat teruk akibat fenomena iklim.

Sebelum ini, dua pertiga sistem terumbu karang itu mengalami pelunturan hingga ia memusnahkan habitat untuk hidupan akuatik.

Difahamkan, suhu global telah meningkat kepada kira-kira 1 darjah Celsius sejak zaman praindustri dan PBB memberi amaran kenaikan suhu sebanyak 1.5 darjah Celsius bakal memusnahkan 90 peratus terumbu karang di seluruh dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: