FAM cabar keputusan FIFA, kes pemain warisan dibawa ke CAS

Mohd Yusoff Mahadi
Mohd Yusoff Mahadi
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tindakan mencabar keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya telah memanjangkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi dengan mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut beliau, proses perundangan itu kini memasuki fasa penting di mana pasukan peguam FAM perlu menyediakan dokumentasi terperinci dalam tempoh yang ditetapkan.

"CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

"FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan," katanya.

Mohd Yusoff memberitahu bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai proses rayuan tersebut akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Jawatankuasa Rayuan FIFA dilaporkan menolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan tersebut berhubung kesalahan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang membabitkan isu pemalsuan dokumen.

Keputusan itu menyaksikan hukuman asal kekal menyaksikan FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta).

Sementara itu, tujuh pemain terlibat iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel masing-masing didenda CHF2,000 (sekitar RM10,000).

Artikel Berkaitan:

Selain denda wang ringgit, kesemua pemain berkenaan turut dikenakan hukuman gantung selama 12 bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Ringkasan AI

  • Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan mencabar keputusan FIFA berhubung hukuman yang dikenakan ke atas mereka dan tujuh pemain warisan
  • FAM mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)
  • Proses perundangan kini memasuki fasa penting dengan FAM perlu menyediakan dokumentasi terperinci
  • CAS menetapkan tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk FAM mengemukakan hujahan bertulis
  • FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan denda berjumlah kira-kira RM1.9 juta dan RM10,000 setiap pemain serta hukuman gantung aktiviti bola sepak selama 12 bulan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!