Lelaki ugut jiran dengan pistol direman seminggu

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang didakwa mengacukan pistol terhadap jirannya di Bandar Laguna Merbok pada Ahad direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sehingga 14 Disember depan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Sungai Petani kira-kira jam 9.20 pagi, Isnin.
Lelaki berusia 30-an itu dilihat berpakaian reman dan dibawa keluar dari mahkamah dalam keadaan tenang dan bersahaja sebaik selesai permohonan reman.
Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan daripada seorang wanita mengatakan diugut oleh seorang lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek membawa kepada penemuan objek yang menyerupai pistol selain sejumlah dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki direman tujuh hari kerana mengancam jiran dengan pistol di Bandar Laguna Merbok
- Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi mengeluarkan perintah reman
- Lelaki tersebut berusia 30-an
- Polis menerima laporan ugutan dengan objek menyerupai pistol daripada seorang wanita
- Penemuan objek menyerupai pistol dan dadah saat pemeriksaan suspek
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

