[VIDEO] Lelaki ditahan acu pistol pada jiran

A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang lelaki disyaki mengacukan pistol kepada jiran dalam kejadian di Bandar Laguna Merbok di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 30-an dikatakan mengugut mangsa, menyebabkan laporan polis dibuat.

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada seorang wanita mengatakan diugut oleh satu lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.

"Kita sampai jam 9.20 pagi, buat serbuan dan pemeriksaan mendapati terdapat satu objek menyerupai pistol," katanya kepada media.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Hanyan berkata, polis turut membuat rampasan objek berkenaan dan sejumlah dadah untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lelaki terbabit mempunyai lesen senjata api ataupun tidak.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, penduduk yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit dikesan sering menimbulkan pergaduhan di kawasan perumahan tersebut.

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.
Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, suspek dilihat membuat kecoh di hadapan rumah semasa wanita itu sedang bersarapan dalam rumah.

Dakwanya, suspek sudah beberapa kali memarahi jiran namun tidak tahu punca kejadian tetapi sebelum ini pernah mengadu tentang bunyi radio yang kuat dipasang suspek beberapa kali.

“Dia tendang pintu pagar rumah dan apabila saya pergi ke depan, lelaki itu dikatakan tunjuk pistol... Kami bagitau polis kerana takut jadi apa-apa lebih teruk," katanya.

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki di Sungai Petani kerana mengugut jiran dengan pistol Suspek berusia 30-an dan kejadian berlaku di Bandar Laguna Merbok Ugutan dengan objek menyerupai pistol berlaku pada pagi Ahad dan polis membuat serbuan jam 9.20 pagi Dalam serbuan, polis merampas objek menyerupai pistol dan dadah Siasatan lanjut dilakukan mengikut Akta Senjata Api dan Akta Dadah Merbahaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!