Serbuan pelacuran cekup ibu sarat hamil

Basri (kiri) menemu bual wanita asing yang ditangkap dalam serbuan Op Gegar di ibu negara pada Ahad.
Basri (kiri) menemu bual wanita asing yang ditangkap dalam serbuan Op Gegar di ibu negara pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR – “Tolonglah, malam ini saya hendak pulang, sudah beli tiket feri ke Batam."

Itu dakwa seorang wanita warga Indonesia yang sarat hamil selepas ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dengan kerjasama JIM Johor dalam serbuan Op Gegar di premis pelacuran di sekitar Jalan Petaling di sini pada Ahad.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, dia terpaksa bekerja di premis terbabit bagi mencari wang tambahan.

"Suami berada di sana (Indonesia) dan tidak mengetahui kerja saya di sini. Enam bulan lepas suami ada datang berjumpa.

JIM menggempur premis pelacuran di ibu negara pada Ahad.
JIM menggempur premis pelacuran di ibu negara pada Ahad.

"Saya datang sini sebab diberitahu kawan ada kerja. Sehari dapat lima hingga enam orang (pelanggan)," kata ibu tiga anak itu dalam nada sebak.

Operasi bermula jam 11.30 pagi itu turut menggempur premis pelacuran di Jalan Imbi dan Jalan Pudu selain berjaya menahan 139 disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 112 wanita.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati, rata-rata premis dua tingkat yang dijaga lelaki tempatan itu diubah suai dengan tambahan bilik-bilik kecil bagi wanita terbabit menunggu pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Malah terdapat cubaan lelaki warga asing yang cuba membawa lari empat wanita terbabit menaiki kereta.

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Gegar di ibu negara.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Gegar di ibu negara.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguat kuasa Imigresen, Basri Othman berkata, operasi sehingga jam 1.30 petang bertindak menyerbu 13 premis.

"Selain tangkapan 112 wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, JIM turut menahan 20 lelaki tempatan disyaki berperanan sebagai 'kapten' premis terbabit.

"Siasatan awal mendapati kegiatan menyasarkan pelanggan asing dan tempatan dengan bayaran RM60 selain premis beroperasi 24 jam dengan pertukaran 'syif' wanita setiap 12 jam," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi di sini pada Ahad.

Tambahnya, JIM akan menyiasat sekiranya kesemua premis melibatkan sindiket yang sama.

Katanya, JIM akan menyiasat kesemua tangkapan lelaki tempatan kerana bersubahat selain menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib agar tindakan dapat diambil ke atas premis.

"JIM akan meneruskan operasi memandangkan lokasi ini merupakan tempat tumpuan pelancong asing bagi memastikan tiada aktiviti sebegini pada masa akan datang.

"Kita beri amaran kepada pemilik agar tidak menyewakan premis untuk tujuan tidak sepatutnya dan kita akan mengesan pemilik terbabit," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Wanita warga Indonesia yang sarat hamil ditahan dalam serbuan Op Gegar di premis pelacuran di Jalan Petaling
  • Ibu tiga anak itu bekerja di premis pelacuran untuk mencari wang tambahan tanpa pengetahuan suami
  • Serbuan turut menahan 139 disyaki pendatang asing tanpa izin termasuk 112 wanita
  • Premis diubah suai dengan bilik-bilik kecil bagi menunggu pelanggan
  • Jabatan Imigresen Malaysia akan menyiasat premis dan individu terlibat bagi tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!