Emirates Airlines gantung penerbangan ke KL

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan Emirates Airlines yang berpangkalan di Dubai telah menggantung semua penerbangannya dari 25 Mac 2020, termasuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Emirates Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, penggantungan itu adalah selari dengan arahan kerajaan Emiriah Arab Bersatu untuk melindungi komuniti terhadap penyebaran Covid-19 dan akan meneruskan perkhidmatan penumpang semula secepat yang mungkin.

"Pada masa yang sama, Emirates akan terus menggunakan pesawat Boeing 777, mengukuhkan rangkaian udara antarabangsa untuk pengangkutan barangan penting, termasuk bekalan perubatan dan makanan di seluruh dunia," katanya,

Emirates Airlines ketika ini menghubungkan Kuala Lumpur ke hab Dubai dengan 21 penerbangan secara mingguan. - Bernama

Artikel Berkaitan: