4 termasuk pasangan kekasih ditahan, dadah bernilai lebih RM60,000 dirampas

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

KULAI – Seorang lelaki tempatan bersama kekasihnya warga Indonesia serta dua lelaki warga Bangladesh ditahan dalam satu serbuan di Taman Sungai Mas, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, hasil serbuan menemui tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ketamine dengan anggaran berat 254 gram dan 16 kepingan foil timah disyaki dadah jenis pil ekstasi kira-kira 45 gram.

"Turut ditemui satu paket plastik disyaki serbuk ekstasi kira-kira 1,015 gram dan satu kotak rokok mengandungi satu lipatan kertas berisi cebisan daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 7.6 gram. Kesemuanya bernilai RM62,098.

“Dua kereta jenis Mazda 6 dan Nissan Teana turut disita dan menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM122,098,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 27 hingga 40 tahun.

"Siasatan mendapati suspek lelaki warga tempatan berusia 40 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati dua lagi suspek lelaki warga Bangladesh positif dadah jenis THC manakala dua lagi suspek didapati negatif.

“Mahkamah Majistret Kulai telah membenarkan permohonan reman terhadap kesemua suspek selama tujuh hari mulai Jumaat hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali sebatan.

Artikel Berkaitan:

“Polis turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti penyalah gunaan dadah agar aktiviti tersebut dibanteras habis-habisan,” katanya.

Ringkasan AI

  • KULAI - Seorang lelaki tempatan bersama kekasihnya warga Indonesia dan dua lelaki warga Bangladesh ditahan dalam satu serbuan
  • Serbuan menemui dadah jenis ketamine, pil ekstasi, serbuk ekstasi, dan ganja dengan anggaran berat keseluruhan dan bernilai RM62,098
  • Dua kereta, Mazda 6 dan Nissan Teana, juga disita menjadikan nilai rampasan keseluruhan RM122,098
  • Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 27 hingga 40 tahun dan lelaki warga tempatan berusia 40 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!