Ular hidup semula selepas lelaki beri CPR selama 30 minit

Vayad memberi bantuan CPR kepada haiwan itu yang terkena renjatan elektrik. - Foto Agensi
Vayad memberi bantuan CPR kepada haiwan itu yang terkena renjatan elektrik. - Foto Agensi
A
A
A

GANDHINAGAR - Seorang penyelamat hidupan liar berjaya 'menghidupkan semula' ular selepas dia melakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) pada reptilia tersebut.

Haiwan itu dipercayai mati selepas terkena renjatan elektrik selepas ia memanjat talian kuasa tiga fasa dan terjatuh ke tanah pada ketinggian kira-kira empat meter.

Tindakan pantas Mukesh Vayad yang berpengalaman selama sedekad dan pernah mendapat latihan di institut penyelidikan ular turut dipuji warganet.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, dia mendapati ular Tikus India itu sudah tidak lagi bergerak dan dia segera melakukan CPR selama hampir 30 minit.

Selepas haiwan itu mula menunjukkan tanda pergerakan normal ia kemudiannya dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran.

Rakaman usaha menyelamat dramatik ular itu tular di media sosial dan meraih perhatian ramai.

Spesies reptilia tidak berbisa yang turut dikenali sebagai Ptyas mucosa itu biasanya ditemui di India dan kawasan lain di Asia Selatan.

Ia bagaimanapun sering disalah anggap sebagai ular tedung kerana saiz dan pergerakannya yang pantas.

Ular Tikus India itu tidak mengancam manusia malah memainkan peranan penting untuk mengawal populasi perosak di kawasan pertanian. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penyelamat hidupan liar berjaya menghidupkan semula ular dengan CPR
  • Ular itu dipercayai mati akibat renjatan elektrik dari talian kuasa
  • Mukesh Vayad melakukan CPR selama hampir 30 minit pada ular Tikus India
  • Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran
  • Rakaman usaha menyelamat menjadi tular di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!