Malaysia bidik empat pingat petanque di Thailand 2025

Nazmizan Muhammad (tengah) bersama barisan atlet petanque negara ketika melawat ke pusat latihan atlet Temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Arena Petanque Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto: Bernama
Nazmizan Muhammad (tengah) bersama barisan atlet petanque negara ketika melawat ke pusat latihan atlet Temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Arena Petanque Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto: Bernama
A
A
A

SKUAD petanque negara optimis mampu merangkul empat pingat pada Sukan SEA 2025 di Thailand sepertimana sasaran ditetapkan Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF), baru-baru ini.

Jurulatih skuad negara, Nasir Mohd Noor turut menyuarakan keyakinan pasukan itu berupaya meraih emas menerusi acara triples campuran yang menjadi sandaran bagi meraih pingat berkenaan.

“Berdasarkan prestasi atlet yang kita bawa ke Sukan SEA kali ini, mereka mempamerkan peningkatan prestasi dalam kejohanan yang disertai mereka tahun ini.

“Dari segi latihan pula atlet-atlet yang kita senaraikan ini memang ada potensi untuk capai sasaran berkenaan. Malah, mungkin boleh lebih daripada yang disasarkan,” katanya ketika ditemui pada lawatan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA Thailand Nazmizan Muhammad di Arena Petanque Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Untuk rekod, pada edisi di Kemboja, skuad petanque negara berjaya meraih satu emas, satu perak dan tiga gangsa daripada 44 pingat yang ditawarkan.

Sementara itu, atlet petanque negara, Saiful Bahri Musmin tekad untuk sekali lagi menyumbangkan pingat emas buat Malaysia selepas melakukannya pada edisi lepas dalam acara singles lelaki.

Meskipun bakal beraksi dalam acara berbeza, iaitu triples campuran, beliau yakin pencapaian tersebut mampu dicapai bersama gadingannya Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali.

“Sebelum ini saya pernah bermain dengan Syed Akmal Fikri dan pernah memenangi emas dalam acara double dan triple bersama beliau. Jadi saya rasa gandingan kami tidak berdepan masalah untuk membutirkan pingat emas,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SKUAD petanque negara optimis mampu merangkul empat pingat pada Sukan SEA 2025 di Thailand
  • Jurulatih yakin pasukan boleh menang emas menerusi acara triples campuran
  • Atlet-atlet menunjukkan peningkatan prestasi dan mempunyai potensi capai sasaran
  • Sebelum ini, skuad petanque negara meraih satu emas, satu perak, dan tiga gangsa di Kemboja
  • Saiful Bahri Musmin yakin dapat menyumbangkan pingat emas dalam acara triples campuran bersama Syed Akmal Fikri dan Sharifah Aqilah Farhana

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!