Kemboja nafi tuduhan netizen Thailand penganjuran Sukan SEA dibiayai China

Hun Sen.- Agensi
Hun Sen.- Agensi
A
A
A

PHNOM PENH – Presiden Senat Kemboja, Hun Sen, menolak tuduhan warganet Thailand yang mendakwa negara itu menganjurkan Sukan SEA ke-32 dengan menggunakan dana dari China, menegaskan haknya untuk mempertahankan maruah negara.

Kenyataan Hun Sen dibuat susulan komen pada video penutupan Sukan SEA di Kemboja yang dikongsi beliau pada 4 Disember 2025.

“Tiada sebab untuk membandingkan Kemboja dengan negara lain kerana setiap negara mempunyai cara sendiri untuk menguruskan urusan mereka,” jelasnya.

Beliau menambah perkara yang mengejutkannya ialah terdapat segelintir pihak di Thailand yang mendakwa Kemboja menganjurkan Sukan SEA menggunakan dana China.

Hun Sen berharap warganet Thailand yang menghina Kemboja segera menarik balik kenyataan mereka.

“Kenyataan seperti ini bukan sahaja tidak menghormati Kemboja, malah menghina atau 'menampar' kuasa besar China,” katanya.

Beliau turut menegaskan harapannya agar Thailand menumpukan usaha menangani banjir dan menguruskan Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember depan dengan baik, bukannya hanya berfikir soal menang atau kalah dengan Kemboja.

“Saya berhak memberi penjelasan demi mempertahankan maruah negara dan menjelaskan perkara ini kepada rakyat Kemboja dan Thailand,” tambahnya.

Dalam kenyataan itu, Hun Sen mengakui China banyak membantu membina Stadium Morodok Techo yang menjadi lokasi pembukaan dan penutupan Sukan SEA serta beberapa acara sukan.

Artikel Berkaitan:

Namun, bagi kos penganjuran, Kemboja tidak menggunakan satu sen pun daripada wang China atau dana asing.

Beliau menjelaskan bajet penganjuran berasal dari peruntukan tahunan antara 2018 hingga 2022 sebanyak AS$10 juta setahun (RM 41.1 juta), menjadikan jumlah AS$50 juta (RM 205.5 juta).

Untuk bajet 2023, Kemboja memperuntukkan tambahan AS$150 juta (RM 616.5 juta), menjadikan jumlah keseluruhan hampir AS$200 juta (RM 822 juta).

Namun, jumlah sebenar perbelanjaan yang digunakan hanya AS$118 juta (RM 484.98 juta) termasuk kos sukan, penginapan, dan makanan atlet asing.

“Keputusan untuk tidak membenarkan rakan-rakan kami membayar adalah inisiatif pertama Kemboja, keputusan saya demi mengukuhkan perpaduan ASEAN melalui sukan.

“Kemboja negara miskin dari segi sumber, tetapi tidak miskin hati," tegasnya.

Untuk rekod Kemboja dan Thailand telah lama bergaduh dalam pelbagai isu termasuk isu budaya dan terbaharu berhubung isu sempadan.- Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden Senat Kemboja, Hun Sen, menolak tuduhan warganet Thailand yang mendakwa Sukan SEA ke-32 dianjurkan dengan dana China
  • Hun Sen menyatakan setiap negara mempunyai cara sendiri menguruskan urusan mereka tanpa perlu membandingkan
  • Beliau mengharapkan warganet Thailand menarik balik kenyataan menghina dan mengingatkan bahawa kenyataan itu juga menghina China
  • Penjelasan Hun Sen bahawa Kemboja menggunakan peruntukan tahunan sendiri untuk kos penganjuran Sukan SEA, bukan dana dari China
  • Kemboja memperuntukkan hampir AS$200 juta untuk Sukan SEA tapi hanya menggunakan AS$118 juta, dengan inisiatif untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN through sukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!