Kerajaan Pahang terima pengiktirafan Audit Negara

Dato' Sri Diraja Wan Rosdy membentangkan Belanjawan Negeri 2026 bertema ‘Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang pada Jumaat.
Dato' Sri Diraja Wan Rosdy membentangkan Belanjawan Negeri 2026 bertema ‘Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang sekali lagi menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan 2024.

Perkara itu dikongsi Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2026 bertema ‘Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Menurut Dato' Seri Diraja, pengiktirafan ini menunjukkan tadbir urus kewangan negeri yang cekap, telus dan berintegriti.

"Segala pencapaian ini bukanlah usaha kerajaan negeri semata-mata, terapi digarap melalui pendekatan kerjasama seluruh jentera pentadbiran.

"Sokongan padu rakyat, komitmen sektor swasta, kekuatan institusi negeri dan kestabilan politik yang kita pertahankan bersama," katanya pada sesi pembentangan tersebut.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Pahang menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan 2024
  • Menteri Besar Pahang membentangkan Belanjawan Negeri 2026 dengan tema 'Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan'
  • Pengiktirafan itu menunjukkan tadbir urus kewangan negeri yang cekap, telus, dan berintegriti
  • Pencapaian ini adalah hasil kerjasama seluruh jentera pentadbiran
  • Sokongan rakyat, komitmen sektor swasta, kekuatan institusi negeri, dan kestabilan politik menjadi faktor penyumbang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!