Promosi hujung tahun MyTOWNKL, peluang menangi hadiah bernilai RM150,000

MyTOWN Shopping Centre kembali merancakkan musim perayaan dengan penganjuran An Oddly Wonderful Christmas, dengan menawarkan pelbagai promosi jualan hujung tahun, ganjaran eksklusif serta peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM150,000 menerusi kempen Shop & Win Wonders.
Kempen yang berlangsung dari 4 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk bengkel kraf, persembahan pentas, sudut poskad peribadi dan dekorasi bertemakan Krismas di seluruh pusat beli-belah.
Kempen Shop & Win Wonders menawarkan ganjaran segera bagi setiap pembelian serta cabutan hadiah termasuk percutian ke Hokkaido, Jepun.

Pengurus Besar MyTOWN Shopping Centre, Azhan Che Mat berkata, jualan hujung tahun kali ini memberi lebih nilai kepada pengunjung berbanding tahun sebelumnya.
Menurutnya, para pengunjung boleh menikmati promosi masa terhad, tawaran kombo dan idea hadiah merangkumi kategori fesyen, makanan dan minuman, gaya hidup, teknologi dan kediaman
“An Oddly Wonderful Christmas & Year End Sale menggabungkan penjimatan hebat, pilihan runcit yang lebih kukuh serta pengalaman perayaan untuk semua.
"Sejumlah 42 perniagaan baharu telah membuka cawangan di MyTOWN tahun ini dengan menawarkan tawaran eksklusif dalam makanan, fesyen dan gaya hidup.
"Kami mahu pengunjung merasai kemeriahan hujung tahun sambil menikmati tawaran terbaik dan pada masa sama, berpeluang membawa pulang hadiah bernilai tinggi," katanya berucap pada Majlis Pelancaran An Oddly Wonderful Christmas, di sini pada Khamis.

Penganjuran An Oddly Wonderful Christmas menyaksikan dekorasi unik yang menjadikan pusat beli-belah tersebut seakan sebuah alam ajaib penuh dengan bentuk unik, warna terang dan elemen luar biasa.
Pengunjung juga boleh menikmati sudut bergambar menarik dan pengalaman meraikan Krismas dalam gaya yang penuh ceria.
Antara lain, sempena acara tersebut juga, MyTOWN turut menawarkan hadiah bernilai RM25,000 termasuk 100 unit KODAK Charmera menerusi pertandingan fotografi 'Snap the Wonderful Moment'.

Bagi memudahkan aliran pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim perayaan, MyTOWN turut memperkenalkan sistem parkir License Plate Recognition (LPR) yang menawarkan pengalaman parkir lebih lancar dan cepat.
Pengunjung boleh menikmati promosi masa terhad, tawaran kombo dan ganjaran eksklusif melalui aplikasi MyTOWNKL, sekali gus menjadikan MyTOWNKL destinasi beli-belah pilihan hujung tahun ini.
Sementara itu, The Kidsmas Community Outreach turut meraikan lebih 80 kanak-kanak dari rumah anak yatim tempatan menikmati hari yang menyeronokkan di pusat membeli-belah tersebut.
Ringkasan AI
- MyTOWN Shopping Centre menganjurkan An Oddly Wonderful Christmas menyertakan promosi, ganjaran, dan peluang memenangi hadiah
- Kempen berlangsung dari 4 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 dengan aktiviti bengkel kraf, persembahan pentas, dan dekorasi Krismas
- Pengunjung boleh menikmati promosi masa terhad, tawaran kombo dan ganjaran eksklusif
- An Oddly Wonderful Christmas menampilkan dekorasi unik dan peluang memenangi hadiah termasuk percutian ke Hokkaido, Jepun
- MyTOWN memperkenalkan sistem parkir License Plate Recognition untuk memudahkan pengunjung, serta menganjurkan activiti The Kidsmas Community Outreach bagi kanak-kanak yatim
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
