Calon SPM terpaksa naik lori ambil peperiksaan akibat banjir

Calon SPM yang terjejas akibat banjir turun dari lori selaps selamat sampai ke sekolah. Gambar kecil: Naazron
Calon SPM yang terjejas akibat banjir turun dari lori selaps selamat sampai ke sekolah. Gambar kecil: Naazron
A
A
A

HULU LANGAT - Puluhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan SMK Dusun Nanding di sini dibawa menaiki lori bagi menghadiri Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) selepas terperangkap dalam banjir pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kesemua 85 pelajar terbabit berjaya dibawa ke dewan peperiksaan dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurutnya, keprihatinan orang awam turut membantu membawa pelajar terbabit.

"Maklumat kejadian banjir diterima Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 6.18 pagi melibatkan kawasan Batu 20, Batu 18, Dusun Tua dan Batu 14.

"Limpahan air sungai telah menyebabkan beberapa jalan dinaiki air sehingga laluan utama seperti Jalan Tekali, Corner Wong, Kolam Air Panas serta hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai.

Tambahnya, seramai 349 mangsa membabitkan 87 keluarga ditempatkan di PPS SRA Dusun Nanding, manakala 99 orang melibatkan 36 keluarga berada PPS SK Sungai Serai.

"Walaupun keadaan air mulai surut, semua agensi masih berada dalam keadaan siap sedia dan penduduk dinasihatkan untuk mematuhi arahan semasa oleh pihak berkuasa terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini," ujarnya.

Tambahnya, sekiranya memerlukan sebarang bantuan dan maklumat boleh berhubung dengan Pusat Kawalan IPD Kajang ditalian 03-89114244 dan 03-89114222.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Puluhan pelajar SMK Abdul Jalil dan SMK Dusun Nanding Hulu Langat terpaksa menaiki lori ke peperiksaan SPM kerana banjir
  • Sebanyak 85 pelajar berjaya dibawa ke dewan peperiksaan dengan bantuan agensi kerajaan dan swasta
  • Orang awam turut membantu membawa pelajar tersebut
  • Banjir menyebabkan beberapa jalan utama tidak boleh dilalui
  • Dua pusat pemindahan sementara telah dibuka untuk mangsa banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!