Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi desak pengakhiran pendudukan ke atas Palestin

Perhimpunan Agung PBB meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai “Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin”.
Perhimpunan Agung PBB meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai “Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin”.
A
A
A

WASHINGTON - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai “Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin”.

Draf resolusi berkenaan, yang dirangka oleh Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestin, diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali, menurut Anadolu Ajansi (AA).

Resolusi itu mengesahkan semula tanggungjawab PBB terhadap isu Palestin, menggesa penamatan pendudukan 1967 serta menegakkan penyelesaian dua negara, di samping menuntut Israel menghentikan aktiviti penempatan haram dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Ia turut menggesa rundingan dimulakan semula serta menyeru negara-negara supaya tidak mengiktiraf sebarang perubahan sempadan, di samping meningkatkan bantuan kepada rakyat Palestin ketika krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi berkenaan penyelesaian aman soal Palestin
  • Resolusi itu diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang, dan 11 berkecuali
  • Mengesahkan semula tanggungjawab PBB terhadap isu Palestin dan menggesa penamatan pendudukan 1967
  • Menuntut Israel menghentikan aktiviti penempatan haram dan mematuhi undang-undang antarabangsa
  • Menggesa rundingan dimulakan semula dan meningkatkan bantuan kepada rakyat Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!