Dokumentari Breaking Ranks dedah rahsia kezaliman Zionis

Seramai 12 bekas anggota dan askar Israel membuka mulut untuk menjayakan dokumentari itu.
Seramai 12 bekas anggota dan askar Israel membuka mulut untuk menjayakan dokumentari itu.
A
A
A

GENTING GAZA - Sebuah dokumentari terbaharu mendedahkan jenayah perang yang dilakukan askar rejim Zionis di Genting Gaza.

Menariknya, Breaking Ranks: Inside Israel's War menampilkan pengakuan tentera Israel dan bekas anggota yang membongkar sendiri kezaliman yang berlaku sepanjang lebih dua tahun lalu.

"Orang awam sentiasa jadi sasaran walau apa jua yang mereka lakukan termasuk pergerakan meragukan. Anda boleh tembak sesiapa sahaja jika mereka kelihatan mencurigakan," ujar seorang askar Zionis yang identitinya dirahsiakan.

Dokumentari berdurasi 60 minit dihasilkan pembikin filem, Benjamin Zand itu memperincikan kejadian orang awam dibunuh kejam, kebinasaan infrastruktur dan perbuatan vandalisme secara meluas.

"Kami berharap ia dapat mendedahkan segala rahsia berdasarkan bukti sebenar untuk difahami orang ramai sebagai rekod fakta," ujarnya.

Sebahagian daripada pembocor maklumat turut meluahkan rasa kesal atas tindakan mereka termasuk menggunakan orang awam sebagai perisai manusia, membakar rumah penduduk Palestin, membunuh anggota paramedik dan menggunakan dron untuk meletupkan kumpulan lelaki tidak bersenjata. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dokumentari terbaharu mendedahkan jenayah perang oleh askar rejim Zionis di Genting Gaza
  • Menampilkan pengakuan tentera Israel dan bekas anggota tentang kezaliman berlaku
  • Askar Zionis mengakui orang awam jadi sasaran jika kelihatan mencurigakan
  • Dokumentari oleh Benjamin Zand memperincikan pembunuhan orang awam, kebinasaan infrastruktur, dan vandalisme
  • Pembocor maklumat meluahkan rasa kesal atas tindakan kejam termasuk menggunakan orang awam sebagai perisai manusia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!