Zionis gempur Tebing Barat lagi

Tentera Israel meronda di jalan utama sekitar bandar Tubas selepas serbuan ganas itu bermula pada Rabu.
Tentera Israel meronda di jalan utama sekitar bandar Tubas selepas serbuan ganas itu bermula pada Rabu.
A
A
A

TUBAS - Rejim Zionis kembali menggempur Tebing Barat pada Rabu di tengah-tengah serangan yang kian meningkat ke atas Genting Gaza.

Pihak berkuasa Israel termasuk perkhidmatan keselamatan dalaman menerusi kenyataan bersama menggelar ia sebagai 'operasi antikeganasan diperluaskan' di utara wilayah tersebut.

Beberapa kenderaan tentera turut dikerahkan ke sekitar Tebing Barat.
Beberapa kenderaan tentera turut dikerahkan ke sekitar Tebing Barat.

Mereka memberi alasan kononnya serbuan ganas itu dilancarkan selepas menerima maklumat risikan tentang rancangan mahu 'menubuhkan kubu kuat pengganas'.

Kempen pencerobohan itu bermula dengan siri serangan udara untuk mengasingkan kawasan yang menjadi sasaran operasi tersebut dan disusuli dengan 'misi penggeledahan' yang akan menyoal siasat suspek serta merampas dana mereka.

Sebuah ambulans digeledah selepas kenderaan milik IDF menghalang laluan masuk ke Tammun, selatan Tubas.
Sebuah ambulans digeledah selepas kenderaan milik IDF menghalang laluan masuk ke Tammun, selatan Tubas.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa ia bukanlah sebahagian daripada operasi yang dilancarkan ke atas bandar Jenin pada Januari lalu yang secara khusus menyasarkan kem pelarian Palestin di utara Tebing Barat.

Artikel Berkaitan:

Gabenor Tubas, Ahmed al-Asaad berkata, ia merupakan pertama kali seluruh wilayah diserbu askar Zionis.

“Mereka menyerbu bandar Tammun, Tayasir dan kem pelarian al-Faraa yang didiami penduduk Palestin. Mereka turut menyekat laluan masuk ke bandar berkenaan.

“Sebuah helikopter Apache juga menyokong operasi itu dan menembak kawasan kediaman serta orang awam,” ujarnya.

Pos pemeriksaan didirikan di kebanyakan lokasi bagi menyekat pergerakan bebas penduduk Palestin.
Pos pemeriksaan didirikan di kebanyakan lokasi bagi menyekat pergerakan bebas penduduk Palestin.

Menurutnya, penduduk Palestin dilarang untuk memasuki zon operasi tersebut yang menyaksikan kenderaan perisai lalu-lalang tanpa henti.

Sementara itu, Persatuan Palang Merah Palestin memaklumkan mereka merawat sejumlah mangsa dan sebahagian daripadanya terpaksa dipindahkan ke hospital untuk rawatan susulan.

“Kami berdepan halangan untuk memindahkan mangsa di bandar Tubas dan Tammun yang diserbu IDF," kata jurucakapnya.

Gerakan Hamas bersama Jihad Islam bagaimanapun mengutuk serbuan ganas tersebut.

Penduduk kem pelarian Nur Shams berhampiran Tulkarem mengadakan protes menuntut hak untuk kembali ke rumah masing-masing.
Penduduk kem pelarian Nur Shams berhampiran Tulkarem mengadakan protes menuntut hak untuk kembali ke rumah masing-masing.

“Ia jelas operasi politik dan bukan untuk tujuan keselamatan. Ia juga adalah sebahagian daripada rancangan jahat untuk menghapuskan penduduk Palestin, sekali gus merampas kawalan ke atas Tebing Barat,” jelas Hamas.

Keganasan di wilayah diduduki Tel Aviv sejak 1967 itu semakin meningkat sejak Perang Gaza tercetus pada Oktober 2023.

Sebuah unit pangsapuri milik penduduk Palestin musnah dalam operasi yang dilancarkan tentera Israel.
Sebuah unit pangsapuri milik penduduk Palestin musnah dalam operasi yang dilancarkan tentera Israel.

Lebih 1,000 penduduk Palestin dibunuh kejam askar Zionis dan pelampau Yahudi dalam siri serangan ganas sepanjang tempoh lebih 24 bulan lalu malah mereka turut merampas rumah serta tanah milik golongan itu tanpa belas kasihan. - Foto: Agensi/ AFP

 

Ringkasan AI

  • Rejim Zionis kembali menggempur Tebing Barat di tengah serangan ke atas Genting Gaza
  • Operasi di Tebing Barat dilabelkan sebagai 'operasi antikeganasan diperluaskan'
  • Serangan bertujuan memusnahkan 'kubu kuat pengganas' berdasarkan maklumat risikan
  • Operasi melibatkan serangan udara dan 'misi penggeledahan' untuk menyoal siasat dan merampas dana
  • Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa operasi bukan bagian dari serangan ke atas pelarian Palestin di Jenin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!