Astro perhebat liputan Sukan SEA Thailand 2025

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.
Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.
A
A
A

ASTRO memperkukuh kedudukannya sebagai penyiar sukan utama negara apabila menyediakan liputan menyeluruh Temasya Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.

Liputan eksklusif itu boleh diikuti menerusi Astro Arena (801, 802) serta platform digital Astro GO dan sooka, dengan kru produksi memulakan tugasan di Thailand seawal 6 Disember.

Sebanyak 10 petugas produksi, termasuk wartawan dan jurugambar dihantar bagi memastikan laporan harian, sorotan kejohanan dan perkembangan kontinjen negara dapat disampaikan terus dari lokasi pertandingan.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, pihaknya komited memastikan peminat sukan tempatan mendapat akses terbaik sepanjang temasya itu berlangsung.

“Sebagai Home of Sports, kami menyediakan liputan harian dari jam 9 pagi hingga 11.30 malam merangkumi program khas, analisis studio, temu bual eksklusif serta laporan berita di Nadi Arena.

“Matlamat kami ialah memastikan peminat merasai setiap detik perjuangan atlet negara,” katanya.

Tumpuan awal turut diberikan kepada skuad bola sepak kebangsaan yang membuka kempen menentang Laos pada 6 Disember, manakala sukan badminton dilihat sebagai prospek pingat emas apabila Malaysia menurunkan barisan pemain terbaik dengan aksi pertama bermula sehari kemudian.

Saingan tradisi Malaysia–Thailand dalam acara sepak takraw pada 9 Disember pula dijangka mencuri perhatian mengambil kira perseteruan lama antara kedua-dua pasukan.

Astro mengesahkan semua kandungan berkaitan temasya akan dipaparkan serentak di televisyen, platform digital dan media sosial bagi memudahkan peminat mengikuti perkembangan kontinjen negara dengan lebih dekat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • ASTRO menyediakan liputan menyeluruh Temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Disember
  • Liputan boleh diikuti melalui Astro Arena, Astro GO dan sooka, dengan pra-produksi bermula 6 Disember
  • Dihantar 10 petugas produksi untuk memastikan laporan harian dan sorotan dari lokasi pertandingan
  • Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John komited untuk memberi akses terbaik kepada peminat sukan tempatan
  • Kandungan berkaitan temasya akan disiarkan serentak di televisyen, platform digital dan media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!