Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 8 malam ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Amaran sama turut membabitkan Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Kapit) dan Bintulu.
Turut terlibat Sabah membabitkan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna). - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri
- Kawasan terlibat ialah beberapa bahagian di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Sarawak juga terkena dampak terutamanya di kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, hingga ke Bintulu
- Sabah terjejas khususnya di Tawau, Kunak dan Semporna
- Amaran ini berlangsung hingga 8 malam ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
