Ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh Semenanjung sehingga 9 malam ini - MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang yang dijangka berlaku di sembilan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam ini.
Menurut jabatan itu, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda seluruh negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kelantan (daerah Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin).
“Selain itu, cuaca sama turut dialami di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei – Pakan, Sarikei dan Julau; Sibu – Kanowit; Kapit; dan Bintulu – Sebauh) serta di Sabah, hanya di Sandakan (Tongod),” menurut notis amaran ribut petir MetMalaysia yang dikeluarkan petang ini.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Disember ini. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam
- Amaran meliputi keseluruhan negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka
- Juga berlaku di Kelantan, Terengganu serta Pahang di kawasan tertentu
- Johor, Sarawak dan Sabah turut terjejas dengan beberapa daerah khusus mengalami keadaan cuaca yang sama
- MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dari 5 hingga 8 Disember di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
