Lelaki Pakistan cedera diserang sekumpulan individu

Seorang lelaki warga Pakistan bersama dua rakannya cedera selepas diserang sekumpulan individu di Ampang Lookout Point Bukit Ampang di sini pada 14 November lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Khairul Anuar)
Seorang lelaki warga Pakistan bersama dua rakannya cedera selepas diserang sekumpulan individu di Ampang Lookout Point Bukit Ampang di sini pada 14 November lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Khairul Anuar)
A
A
A

AMPANG – Seorang lelaki warga Pakistan bersama dua rakannya cedera selepas diserang sekumpulan individu di Ampang Lookout Point Bukit Ampang di sini, pada 14 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian pada jam 11 malam, kenderaan dinaiki mangsa dan rakannya sedang berhenti di lampu isyarat.

"Tiba-tiba datang seorang suspek tidak dikenali menjerit dan bertindak agresif dengan cuba menahan kereta pengadu.

"Suspek kemudian mengejar serta menghalang kereta dinaiki mangsa dan suspek mendakwa dirinya anggota Kementerian Pertahanan serta cuba menunjukkan kad kuasa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Khairul Anuar berkata, selepas itu datang 25 lelaki mengelilingi pengadu dan rakan-rakannya, sebelum menyerang mereka secara fizikal sehingga menyebabkan kecederaan serta kerosakan pada kenderaan.

"Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menahan empat lelaki berusia 18 hingga 40 tahun pada Rabu hingga Jumaat lalu.

"Semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod lampau manakala tiga suspek lain tiada rekod lampau," katanya.

Beliau berkata, reman ke atas suspek pertama selama enam hari, manakala tiga suspek lain direman tiga hari.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang warga Pakistan bersama dua rakannya cedera diserang di Ampang Lookout Point Bukit Ampang
  • Insiden berlaku pada 14 November pada jam 11 malam ketika kenderaan dinaiki berhenti di lampu isyarat
  • Datang seorang suspek menjerit dan bertindak agresif, mendakwa sebagai anggota Kementerian Pertahanan
  • 25 lelaki kemudian menyerang mereka secara fizikal, menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan
  • Empat lelaki ditahan oleh polis, satu dari mereka mempunyai dua rekod lampau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!