Syria lancar semula akhbar cetak pertama

Seorang lelaki di Damsyik tekun membaca kandungan akhbar al-Thawra al-Souriya. Foto AFP
Seorang lelaki di Damsyik tekun membaca kandungan akhbar al-Thawra al-Souriya. Foto AFP
A
A
A

DAMSYIK - Akhbar al-Thawra al-Souriya (Revolusi Syria) yang sebelum ini dikenali sebagai al-Thawra dilancarkan semula pada Isnin di bawah slogan 'identiti baharu, era baharu'.

Ia merupakan terbitan pertama sejak 2020 yang turut menawarkan platform bersepadu dengan menggabungkan format cetak, digital dan interaktif.

Menteri Maklumat, Hamza al-Mustafa berkata, penerbitan semula itu melambangkan proses untuk mengembalikan suara rakyat Syria selepas berdepan sekatan dan tapisan ketat ketika pentadbiran bekas Presiden digulingkan, Bashar al-Assad.

"Akhbar itu akan membawa kisah rakyat dan membuka ruang serta peluang untuk perbincangan apa jua isu secara bebas," katanya.

Beliau juga mengumumkan rancangan mahu mengaktifkan semula akhbar lain termasuk al-Huriya yang memfokuskan isu ekonomi dan politik serta al-Mawqif al-Riyadi sebagai platform sukan yang komprehensif dalam masa terdekat. - AFP

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Akhbar al-Thawra al-Souriya dilancarkan semula dengan slogan 'identiti baharu, era baharu'
  • Ia merupakan terbitan pertama sejak 2020 dan menawarkan platform bersepadu
  • Menteri Maklumat, Hamza al-Mustafa menyatakan ia melambangkan proses mengembalikan suara rakyat Syria
  • Akhbar itu bertujuan membawa kisah rakyat dan membolehkan perbincangan isu secara bebas
  • Rancangan untuk mengaktifkan semula akhbar lain seperti al-Huriya dan al-Mawqif al-Riyadi diumumkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!