Orang itu digari dengan baju oren, hendak suruh apa lagi? - Anwar

Anwar pada sesi PMQ di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Anwar pada sesi PMQ di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan pembangkang yang masih tidak berpuas hati dengan proses siasatan terhadap bekas Setiausaha Politik Kananya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut beliau, Shamsul Iskandar tidak diberikan layanan istimewa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Dalam kes yang sekarang disiasat SPRM. Cuba lihat, hendak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren.

"Tidak puas hati lagi ke? Jadi saya (rasa) setakat itu dan saya tidak tegur sepatah pun kepada SPRM. Saya sudah bagitahu, dia bebas untuk siasat, dia siasatlah.

"Saya tidak pertahankan staf (kakitangan) saya. Saya hendak tanya mengapa hendak pertahankan orang lain?" katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata demikian menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) bertanyakan sama ada kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai menteri dengan lebih tegas.

Jumaat lalu, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, keputusan tersebut dibuat selepas menyedari terdapat percubaan untuk menyerangnya dan ia boleh merosakkan imej Kerajaan Madani.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pembangkang yang tidak berpuas hati dengan siasatan SPRM terhadap bekas Setiausaha Politiknya
  • Shamsul Iskandar tidak mendapat layanan istimewa dari SPRM
  • Shamsul Iskandar telah ditahan dan digari dengan baju oren oleh SPRM
  • Anwar menegaskan beliau tidak menghalang SPRM dari menyiasat dan tidak mempertahankan kakitangan
  • Shamsul Iskandar meletak jawatan akibat percubaan menyerangnya yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!