Shamsul Iskandar, Albert Tei dibawa ke Mahkamah Putrajaya bagi permohonan reman

 Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli perniagaan, Albert Tei dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli perniagaan, Albert Tei dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli perniagaan, Albert Tei dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kedua-dua individu itu dengan menaiki kenderaan SPRM ke mahkamah pada jam 8.59 pagi.

Pada Jumaat media melaporkan SPRM menahan Shamsul Iskandar bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan Albert Tei.

Selain Shamsul Iskandar, SPRM turut menahan ahli perniagaan, Albert Tei atau Tei Jiann Cheing, serta seorang wanita, Sofia Rini Buyong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, kes tersebut melibatkan kepentingan awam dan siasatan dijalankan segera bagi mengelakkan sebarang manipulasi.

Sofia Rini ditahan pada 10.30 malam Khamis

ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM, wanita itu telah direman empat hari sehingga Isnin.

Azam menegaskan SPRM komited memastikan siasatan dijalankan secara profesional dan adil mengikut undang-undang.

Pegawai penyiasat telah diarahkan untuk melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, semua pihak diminta bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

 

Ringkasan AI

  • Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar dan ahli perniagaan, Albert Tei, telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman berkaitan dakwaan rasuah
  • SPRM menahan Shamsul Iskandar dan Albert Tei bersama seorang wanita, Sofia Rini Buyong, untuk membantu siasatan
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan kes ini melibatkan kepentingan awam dan siasatan dijalankan segera untuk menghindari manipulasi
  • Sofia Rini ditahan dan direman selama empat hari untuk siasatan lebih lanjut
  • SPRM berkomitmen untuk menjalankan siasatan secara profesional dan adil, dengan arahan agar kertas siasatan dilengkapkan dalam tempoh seminggu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!