Shafie Apdal nafi Warisan beli, pujuk ADUN

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pihaknya sedang berusaha membeli atau memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menurutnya, komitmen Warisan sentiasa berteraskan integriti dan kepimpinan yang mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Warisan sedang berusaha membeli atau memujuk ADUN.
“Kepercayaan anda amat kami hargai dan amanah itu kami pikul dengan penuh rendah hati serta penghormatan.
“Warisan menghormati mandat rakyat dan proses demokrasi yang menjadi asas pentadbiran negeri kita,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Tambah beliau, Warisan akan terus melaksanakan peranan yang diamanahkan dengan penuh maruah, konsisten, dan dengan iltizam yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah.
Sebelum ini, tular khabar angin mendakwa Warisan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ADUN.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
