Laporan tahunan jawatankuasa khas mengenai rasuah akan dibentang ke Kabinet - Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKmR) akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri di samping dibincangkan secara mendalam bersama pengurusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, laporan itu merangkumi penelitian serta pemeriksaan JKmR terhadap Laporan Tahunan SPRM bagi 2021 hingga 2024, untuk jawatankuasa itu mengenal pasti trend dan perkembangan semasa terkait usaha pencegahan rasuah dan cabaran dihadapi SPRM.

“Setiap syor dan dapatan dalam laporan ini akan diteliti dengan serius agar reformasi institusi terus diperkukuh, ketirisan dibendung dan keyakinan rakyat diperteguh.

“Komitmen Kerajaan Madani terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik tidak pernah berganjak. Insya-ALLAH, kita akan memastikan usaha membina negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi terus menjadi keutamaan tertinggi,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat jawatankuasa itu yang diketuai Pengerusinya,Datuk Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan laporan tahunan mereka buat kali pertama. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dan dibincangkan bersama SPRM
  • Laporan itu merangkumi penelitian JKmR terhadap Laporan Tahunan SPRM dari 2021 hingga 2024
  • Tujuan adalah untuk mengenal pasti trend rasuah dan cabaran yang dihadapi oleh SPRM
  • Syor dan dapatan dalam laporan akan diteliti untuk mengukuhkan reformasi institusi dan meningkatkan keyakinan rakyat
  • Kerajaan Madani berkomitmen terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!